Tuesday, December 16, 2008

BLUE RIGI : BILA SEPOHON BONSAI LEBIH BERHARGA DARIPADA SEBATANG BALAK. Jika Turner masih hidup, mungkin beliau jatuh pengsan...atau mungkin beliau hanya tersengih2 bangga apabila karya cat airnya The Blue Rigi: Lake of Lucerne telah di bida pada harga RM 40 juta semasa di lelong di Christie pada Jun 2006 lalu.Karya kecil yg lahir pada 1872, berukuran 16 x 26 inci itu telah memecahkan rekod untuk harga lukisan cat air paling mahal pernah dijual bagi mana2 karya seni British atas Kertas.Lukisan ini dihasilkan semasa pengembaraannya ke swistzealand,pernah dicatat Turner telah melukis sebanyak 1,500 lakaran & lukisan cat air dalam tempoh hanya 3 bulan beliau menggembara..hah!..memang kerja giler. Memang kadang2 sepohon bonsai yg. kecil & indah lebih berharga drp sebatang pohon balak yg. besar...karya cat air zaman dulu kebanyakan kecil2 saiznya lihatlah karya2 Turner, Winslow Homer,Whistler, Singer sarget atau A.b Ibrahim malah modern master cat air seperti Donald Holden mahupun John Yardley pun menghasikan karya bersaiz 'half size'(38 x 56) atau lebih kecil daripada itu...em,kebesaran lukisan bukanlah sentiasa bergantung pada saiznya.Akhir sekali, teringat cerita kakak Turner tentangnya, setiap pagi sebelum jam 5 pagi lagi di subuh yg. sgt dingin di kediamannya di pinggiran sg.Thames, Turner telah sibuk bersiap2 dengan segala kelengkapanya untuk keluar melukis utk melukis cahaya pertama yg. muncul...memang benarlah kata2 maestro tak dilahirkan...tapi muncul dari azam paling nekad!...selamat melukis.

Monday, December 15, 2008

Tentang "Road to the sea" karya Milton Avery

Sesetengah pengkritik seni menganggap karya ini sebagai salah satu karya cat air terbaik abad ke - 20...entahlah, mungkin ya...mungkin tidak? karya seni bersentiasa saja bersifat subjektif seperti 'rasa' makanan, mungkin bagi kita sedap tapi bagi orang lain belum tentu. Tapi bagi saya, Karya Milton Avery ini memang bagus, beliau yg juga merupakan pelopor "field painting' yg juga telah bertanggungjawab mempengaruhi Mark Rothko(pelukis terbesar abstrak America) telah mencipta lukisan lanskap ini dengan Komposisi yg. agak janggal dan penggunaan stroke yg beragam menjadikan lukisan ini unik dan autentik. Lihatlah horizontal line yg dibelah diatas, foreground nya yg. melintang senget kebawah bagi mengimbangi komposisi laut dengan jalan membelah bukit. Lukisan ini juga kaya tektur dan garis menjadikan lukisan ini manis sekaligus 'puitis' tanpa terlebih2...seperti karya2 photorealism yg selalu'overdone'. Secara jujurnya karya2 cat air beliau bukanlah banyak yg. bagus berbanding karya2 cat minyak beliau...malah nak mengangkat beliau sebagai maestro cat air pun agak janggal bagi saya,tetapi 'road to the sea ini memang satu pencapaian yg.'puitis'...yg. jarang2 ditemukan pada tradisi cat air barat...