Kelas Lukisan Untuk Pelajar & Dewasa Di Bangi. Kami Telah Beroperasi Sejak 2008, Sertailah Kami Untuk Belajar & Meningkatkan Kemahiran Visual Anda Bersama Instruktor Pelukis Professional.
Monday, December 15, 2008
Tentang "Road to the sea" karya Milton Avery
Sesetengah pengkritik seni menganggap karya ini sebagai salah satu karya
cat air terbaik abad ke - 20...entahlah, mungkin ya...mungkin tidak? karya
seni bersentiasa saja bersifat subjektif seperti 'rasa' makanan, mungkin
bagi kita sedap tapi bagi orang lain belum tentu.
Tapi bagi saya, Karya Milton Avery ini memang bagus, beliau yg juga
merupakan pelopor "field painting' yg juga telah bertanggungjawab mempengaruhi Mark
Rothko(pelukis terbesar abstrak America) telah mencipta lukisan lanskap
ini dengan Komposisi yg. agak janggal dan penggunaan stroke yg beragam
menjadikan lukisan ini unik dan autentik. Lihatlah horizontal line yg
dibelah diatas, foreground nya yg. melintang senget kebawah bagi
mengimbangi komposisi laut dengan jalan membelah bukit. Lukisan ini juga
kaya tektur dan garis menjadikan lukisan ini manis sekaligus 'puitis' tanpa
terlebih2...seperti karya2 photorealism yg selalu'overdone'.
Secara jujurnya karya2 cat air beliau bukanlah banyak yg. bagus
berbanding karya2 cat minyak beliau...malah nak mengangkat beliau sebagai
maestro cat air pun agak janggal bagi saya,tetapi 'road to the sea ini
memang satu pencapaian yg.'puitis'...yg. jarang2 ditemukan pada tradisi
cat air barat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment