Tuesday, December 16, 2008

BLUE RIGI : BILA SEPOHON BONSAI LEBIH BERHARGA DARIPADA SEBATANG BALAK. Jika Turner masih hidup, mungkin beliau jatuh pengsan...atau mungkin beliau hanya tersengih2 bangga apabila karya cat airnya The Blue Rigi: Lake of Lucerne telah di bida pada harga RM 40 juta semasa di lelong di Christie pada Jun 2006 lalu.Karya kecil yg lahir pada 1872, berukuran 16 x 26 inci itu telah memecahkan rekod untuk harga lukisan cat air paling mahal pernah dijual bagi mana2 karya seni British atas Kertas.Lukisan ini dihasilkan semasa pengembaraannya ke swistzealand,pernah dicatat Turner telah melukis sebanyak 1,500 lakaran & lukisan cat air dalam tempoh hanya 3 bulan beliau menggembara..hah!..memang kerja giler. Memang kadang2 sepohon bonsai yg. kecil & indah lebih berharga drp sebatang pohon balak yg. besar...karya cat air zaman dulu kebanyakan kecil2 saiznya lihatlah karya2 Turner, Winslow Homer,Whistler, Singer sarget atau A.b Ibrahim malah modern master cat air seperti Donald Holden mahupun John Yardley pun menghasikan karya bersaiz 'half size'(38 x 56) atau lebih kecil daripada itu...em,kebesaran lukisan bukanlah sentiasa bergantung pada saiznya.Akhir sekali, teringat cerita kakak Turner tentangnya, setiap pagi sebelum jam 5 pagi lagi di subuh yg. sgt dingin di kediamannya di pinggiran sg.Thames, Turner telah sibuk bersiap2 dengan segala kelengkapanya untuk keluar melukis utk melukis cahaya pertama yg. muncul...memang benarlah kata2 maestro tak dilahirkan...tapi muncul dari azam paling nekad!...selamat melukis.

No comments:

Post a Comment